PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Tuesday, 20 November 2012

Adab - Adab Anak Soleh Dan Solehah ( Part 1)


Assalammualaikum w.b.t

Bersyukur terhadap Ilahi , kerana masih memberi Ainaa untuk hidup di dunia ini .
Cakap apa ? Alhamdulillah :)
Di blog ini Ainaa ingin berkongsi kepada para muslimin , muslimat , ladies and gentlemen ,
hadirin dan hadirat yg dirahmati ALLAH S.W.T 
(macam forum pulak nohh !)

I want to share 
Adab-Adab Anak soleh dan Solehah
In shaa Allah dengan perkongsian ini sama-sama kita mengamalkan termasuk lah diri Ainaa.
Semua manusia tidak sempurna bahkan seorang ustaz @ ustazah . 
Setiap manusia mesti ada melakukan kesilapan .
Right ? Yes !


 >ADAB - ADAB DENGAN ALLAH S.W.T < 

  1. Melaksanakan semua perintah dan susrhanNYA 
  2. Melaksanakan amalan-amalan sunat.
  3. Meninggalkan semua laranganNYA dan tegahanNYA .
  4. Meninggalkan dan menjauhi dosa-dosa besar .
  5. Meninggalkan perkara-perkara makruh dan syubhah
p/s : syubhah bermaksud 
“Dari Abu Abdullah An-Nu’man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ‘ Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat perkara-perkara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari perkara-perkara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam perkara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam perkara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan. Hampir sangat ia menternak ke dalamnya (tempat larangan itu). Ketahuilah, bagi setiap raja ada tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah perkara-perkara yang diharamkanNya. Dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati. ‘
Untuk maklumat lebih teperinci boleh layari blog ini ::


> ADAB DENGAN RASULULLAH S.A.W . <

  1. Mengamalkan amalan Nabi Muhammad S.A.W (sunnah harian)
  2. Berselawat ke atas baginda setiap hari .
  3. Menjwab apabila mendengar nama Nabi Muhammad S.A.W. dengan sallahu alaihi wasalam.
  4. Menjauhi hina dan memperkecilkan sunnah.
  5. Membaca dan mengingati kisah Rasulullah S.A.W, keluarga ,kehidupan dan perjuangan baginda .


 > ADAB DENGAN IBU BAPA <

  1. Mentaati arahan kedua ibu bapa selagi ia tidak melanggar perintah Islam .
  2. Tidak membantah walaupun berkata ''uhh''
  3. Mencium tangan kedua ibu bapa ketika bersalam .
  4. Merendahkan suara ketika bercakap.
  5. Mendoakan kesejateraan kedua ibu bapa utk di dunia dan di akhirat setiap kali selepas solat .

Mari lah kita sama-sama berdoa terhadap ibubapa kita .

Setakat ini sahaja Ainaa berkongsi adab-adab anak soleh dan solehah , 
Ada banyak lagi Ainaa nak kongsi tapi masa tak mengizinkan ,in shaa Allah kalau ada masa terluang Ainaa akan menulis lagi adab-adab seterusnya . :)

Ikhlas dari Ainaa' 
Wasalam ,
Malam bulan muharam .








No comments:

Post a Comment