Assalammualaikum w.b.t
Alhamdulillah , hari ini Ainaa masih boleh menulis di blog ini :)
Terima kasih Ya ALLAH !
Hari ini Ainaa nk sambung ADAB - ADAB ANAK SOLEH & SOLEHAH
In sha Allah :)
> ADAB-ADAB DENGAN GURU <
Menurut Saidina Ali : '' Walaupun hanya satu kalimah dia mengajar kamu
maka dia adalah guru dan tunaikan haknya ''
- Menghormati dan mengasihi seperti hormat dan kasih sayang kepada ibubapa.
- Menziarahi dan meneruskan silaturrahim yang berterusan.
- Jangan berburuk sangka,membantah ,berdalih dan berbohong.
- Memohon doa utk guru selepas sembahyang.
- Merendahkan suara apabila bercakap .
> ADAB DENGAN AHLI KELUARGA/SAUDARA MARA <
- Mewujudkan keharmonian dan kasih sayang di dalam keluarga.
- Tidak dengki ,mengadu domba, dan bermusuhan.
- Sedia memaafkan kesilapan.
- Menghormati yg tua dan mengasihi yg muda .
- Menziarahi sanak-saudara dan bertanya khabar .
- Bersalaman apabila datang ke rumah (sesama mahram)
- (dengan pakwe ! say NO !)
Berkata Imam al-Ghazali:''Carilah sahabat yg boleh membawa kamu ke
syurga Allah S.W.T .''
- Bergaul dengan baik .
- Menjauhi buruk sangka,cacian,cemuhan dan lain-lain.
- Menegur dengan baik kesilapan kawan .
- Bersama rakan ketika melakukan ibadat dan aktiviti kebajikan/kebaikan.
- Elakkan membenci rakan melebihi 3 hari dan berusaha utk melakukan pendamaian.
Alhamdulillah selesai juga Ainaa menulis coretan ini :)
Terima kasih kepada sesiapa yg sudi membaca.
Hari ini Ainaa hanya menulis 3 Adab untuk dikongsi bersama hampa semua !
In sha Allah , esok Ainaa akan sambung lagi !
Tunggu taw !
(bak kata mat shalleh '' wait for another part'' in sha Allah)
p/s : seronok sangat tadi sebab dapat jumpa my bestfriend !
kami pergi dating ,makan ,minum dan jalan-jalan hirup angin !
Syukran :)
Wasalam ,
Nurul Ainaa'
Malam bulan muharam .
No comments:
Post a Comment