PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Thursday 10 January 2013

Adakah Kita Masih Berpeluang ?

Bismillahirahmanirrahim ....

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :D

senyum :D , beruk tu malu nak tangkap gambar dengan Ainaa 

Sebelum Ainaa memulakan cerita yg Ainaa nak kongsikan 
Ainaa nak ucapkan SELAMAT TAHUN BARU !! 
2013 IS COMING NOW !!
WITH NEW AZAM ,SEMUANYA NEW !! right ?
Mesti semua benda baru ! kerusi , sofa ,kasut sekolah dn bermacam-macam lagi
Bermulanya tahun baru mesti ada azam baru kan ? kan ?
jawab YA ! Ainaa pun ada azam , semua orang ada azam .
(dah berapa hari bulan baru nak wish ! ketinggalan lar kau Ainaa !! , kuno )

Apa azam baru hampa semua ? seperti ::
1. nak dapat 8A @ straight A 
2. nak dapat no 1 dalam tingkatan@ kelas
3. nak belajar bersungguh-sungguh 
4.nak cukupkan solat 
5. nak berhenti merokok @ buat benda yg tak berfaedah
6. nak cukupkan puasa
7. dan tanya dalam hati .

. fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah - (setelah kamu berazam maka bertawakkal lah)
Macam-macam azam ainaa dengar ! teruskan usaha agar azam hampa semua tercapai
In shaa Allah :D dan tahniah kepada warga2 yg ambil PMR tahun lepas ,walaupun agak kelambatan ainaa ucapkan !!

Bermulanya tahun 2013 ,bermula lar antara salah satu tahun yg paling penting bagi Ainaa dan  para pelajar yg dilahirkan pada tahun 1998 !
Tahu sebab apa ? sebab kami semua akan berdating dengan PMR selama 2 minggu ,(setahu Ainaa, kalau salah tegur maaf ye !)
Huh ! berpeluh ! bila dengar PMR atau sebut PMR !!
Mungkin bagi orang yang dah pandai dia rasa PMR senang dan tak penting ! sebab kita semua akan menghadapi peperiksaan yg menentukan masa depan kita iaitu penduduk bumi yg ALLAH cipatakn menyebutnya SPM !
Bagi Ainaa PMR adalah salah satu peperiksaan yg paling penting dalam hidup Ainaa sebab , PMR juga adalah penentu masa depan kita !
Masing-masing ada target sendiri kan ? ada yg nak straight A , 7A dan sebagainya !

Target Ainaa PMR ni 8A @ staright A
I want straight A !! 
In shaa Allah .
Doakan Ainaa dan saudara kita yg akan menghadapi PMR tahun ni dengan baik dan mencapai keptusan yg cemerlang ! sebab tahun kami tahun TERAKHIR !
Macam-macam akan berlaku ! Doakan :D
Dan apa yg Ainaa nak kongsikan di blog Ainaa ini , ADAKAH PELUANG KITA MASIH ADA ?
Peluang apa ? mesti tertanya-tanya kan ? 
Peluang kita untuk membahagiakan kedua ibu bapa kita dan peluang untuk kita menguji diri kita sampai ke tahap mana !
Dengan adanya peperiksaan UPSR ,PMR dan SPM pada peringkat sekolah ni , kita boleh menguji diri kita dan memperbaiki diri kita . Selain itu , kita boleh membahagiakan kedua ibubapa kita , ayah dan mak kita mesti gembira dengan pencapaian kita , 

Kalau hampa nak tahu , kaum adam @ lelaki lebih senang kalau nak sambung belajar dekat U  dan senang jugak dapat sekolah berasrama ! Beruntung lah hampa yg memegang status KAUM ADAM !! 
Dan untuk kaum hawa @muslimah macam ainaa ni SUSAH nak dapat masuk U dan sekolah berasrama ! Huh! kena buat surat lah dan macam-macam lg .
Tahu sebab apa ? sebab Perempuan lebih menjadi ULAT BUKU ,LELAKI pula menjdi ULAT BULU ! ( segelintir sahaja bukan semua Ainaa maksudkan !)

So , kepada kaum lelaki hampa ni kira beruntung lar senang dapat tapi hampa tak bersyukur apa yg hampa dapat ,hampa nak buat jugak kerja yg tak berfaedah ! Ainaa bukan marah tapi Ainaa menegur sahaja , sebab Ainaa tengok sekarang ini ramai PEREMPUAN di U hanya berapa peratus sahaja lelaki ! 
Dan kepada kaum muslimat jangan lar sedih ! In shaa ALLAH dengan usaha + doa in shaa ALLAH , ALLAH permudahkan urusan kita :D .

Kepada bakal yg akan mengambil PMR tahun ini ,thun terakhir ini buat pilihan apa yg akan kita ambil sewaktu tingkatan 4 nanti ! sebab kita dah tak ada banyak masa nak fikir .
Pejam celik , pejam celik dah PMR , 
Ainaa sekarang pun tengah memikir subjek apa yg akan Ainaa ambil pada tahun depan 
In shaa Allah kalau diizinkan ALLAH masih hidup , 

Ainaa nak kongsi TIPS ::
1. Buat Jadual belajar di rumah 
2. Mesti kena ikut jadual tersebut kalau tak sempat buat hari yg ditetapkan qada balik !
3. Makan makanan yg seimbang 
4. Selalu Berdoa
5. Selalu buat latihan yg cikgu bagi 
6. Rajin bertanya dekat cikgu 
7. Minta maaf dekat ibu bapa kita dan saudara kita .
8. Jangan tinggal solat 
9. Cium tangan ibu dan ayah sebelum pergi sekolah 
10. Makan kurma tapi sesiapa yg susah makan kurma , makan kismis 
11. Jangan benci cikgu
12. Sentiasa ceria di sekolah 
13. Hormat cikgu 
14. Merancang awal 

USAHA + DOA = TAWAKAL DAN KEJAYAAN :D
In shaa ALLAH 

Jangan berdoa sahaja tetapi tidak berusaha tidak berguna jugak !
Banyak lagi tips Ainaa nak share tapi Ainaa tengah sibuk so tak ada masa banyak nk luangkan dekat blog ini , dengan 14 tips ini harap berguna untuk hampa semua :D

Ainaa doakan semua saudara Ainaa yg akan ambil apa jua peperiksaan ,
semoga berjaya dan memperoleh keputusan yg cemerlang !
Bitaufiq wannajah - semoga mencapai kejayaan

ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas


_________________________________________________________________________

Mungkin bulan depan pulak Ainaa akan tulis blog lagi :D
In shaa ALLAH .


Semoga kita berjumpa lagi , in shaa ALLAH :D 
. Ilalliqa' 

Maas salamah - Selamat tinggal

. Tushibu 'alal khair - selamat malam


12:10 am , 11 JAN 2013
nurulainaa-blogspot.blogspot.com






Wednesday 19 December 2012

Jom Terokai Taiping ,Perak

Bismillahhirahmanirrahim . . . 
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Salam ceria buat semua pembaca ;)
Salam rindu kepada Allah SWT , Rasulullah SAW dan semua .
(ecehh ,semua ? huhuhuhuhu )

Sihat semua ? Alhamdulillah kalau sihat , sakit itu ujian dari Allah
Allah nak uji kita , adakah kita ni masih bersyukur walaupun diberi sakit yg tak teruk !
(tazkirah sikit malam2 ni !)

Hari tu Ainaa ada nak story mory dekat hampa semua pasal Ainaa pergi Perak kan ?
kan ? jawab YA ! hahahahaha , i'm just kidding . 
Semalam (19/12/12) Ainaa baru je Ainaa pergi terokai negeri Perak Darul Ridzuan .
Darul Ridzuan kan ? erhh , tak tahu , kalau silap maaf ye !
Ainaa bertolak dalam pukul 10 pagi ,ikut highway BKE (butterworth) ,
dalam perjalanan tu terserampak dengan kilang kurma yg terkenal di Malaysia !
tahu kan ? YuTa (Yusuf Taiyob lar ),REX ,taksima , dan lain 

1 kejadian yg tak disangkakan , Ainaa tengah gelak sambil makan cokelat tiba2 Ainaa tertelan cokelat yg bersaiz sederhana , cokelat tu pulak tak mau turun ! aduii ! sakit tekak Ainaa ! minum air pun tak okay lagi , Ainaa ambil roti lepastu makan ,
Alhamdulillah ,turun dah pun ! :D
Itu Allah melarang kita bergelak @ bercakap ketika makan sebab takut terjadi kejadian yg tak diingini ,macam cerita Ainaa tu !
Padan muka Ainaa !

Dalam 1 jam lebih sampai lar destinasi yg ditujui , 
Tiket Dewasa :: RM 12 
Tiket kanak2 :: RM 8 

Tempat car park .Sepupu Ainaa dan adik2 Ainaa 

Bergambar di pintu depan Zoo Taiping ,
Ainaa just simple ::
>tudung syria 
>baju +inner longgar
>jeans 
>kasut
cuba cari Ainaa !


Bergambar di boneka (patung ) kerbau !

Cimpanzi ! nampak tak ? kalau 
tak nampak buat2 nampak je lar .
huhuhuhu ;)

Orang utan ! uaaakk ! uaaak ! orang utan tau ! not hutan !
orang utan ni malas ! 

ikan yg terbesar di Sungai Amazon ,diberi nama Arapaima 
kalau nak tengok lebih dekat pergi sendiri zoo lar !



Buaya Tembaga !
Buaya ni garang ! 

Ni spesis monyet jugak tapi nama apa entah !

Landak !
Teka teki :: binatang apa yg ada jarum tapi dia tak guna jarum ?
binatang apa ? cuba jawab !

Bagi rusa @ kijang@ pelanduk makan :)

Ayah , ibu dan adik bongsu Ainaa .

Ini antara gambar2 yg Ainaa tangkap semasa di zoo ,
sorry Ainaa tak bole nak upload banyak gambar :'(

Ainaa ada 1 tips nak share , baik hampa semua jalan kaki dulu ,
renggangkan otot2 hampa dulu , lepas jalan kaki baru naik mini train .
sebab kalau naik mini train dulu kita tak bole nak tengok puas , dan kalau kita naik terakhir baru best ,kita just rehatkan mata je .
Naik mini train tak kena bayar , ainaa ingatkan kena bayar .
Lepas habis naik train kami tangkap gambar dengan ular !
wow ! ainaa yg ajak ibu ainaa .hehehehe 
*sorry picture tak de 

Keluar dari pintu zoo terus pergi makan tengah hari yg ibu Ainaa bawa !
so save lar duit ayah Ainaa ,tak kena keluar duit utk makan tengah hari .
Habis makan tengah hari , kami main taman permainan dulu ,kebetulan ayah dan ibu ainaa tengah bersembang dengan kawan .

Dah sampai dekat Perak so kena pergi Muzium Perak !
Ainaa pergi muzium perak walaupun ada setengah jam je lagi nak tutup .
Muzium Perak betul2 depan penjara Perak ! 



Antara koleksi2 di Muzium Perak 

Selepas pergi muzium Perak ayah ainaa ajak pergi makan kuey teow goreng Doli .
tapi sebelum tu pergi masjid Telekom solat asar !
Walaupun kita berjalan jauh solat tu jangan tinggal , Allah dah beri kita kemudahan ,
Solat jamak dan qasar :) ,so tak ada alasan kita nak beri .

Lepas solat asar , terus pergi cari restoran Doli ,
Ya Allah , masa nk cari restoran Doli ni kena berpusing berkali-kali ,dekat pekan Taiping tu
Ayah ainaa sampai tnya 4 orang mana nak cari restoran Doli , 
sebab masa ayah Ainaa buat latihan di sana ayah Ainaa pergi restoran Doli yg lama .
so yg baru ayah Ainaa tak tahu ,sebab dah lama tak pergi banyak perubahan .
Pusing punya pusing ! hah ! sampai pun di restoran Doli !
Restoran Doli ni betul2 di hadapan Klinik Kesihatan Taiping , 
Restoran Doli ni jugak pernah masuk dalam TV3 ,rancangan JOM MELAWAT Negeri Perak kot


*sorry senget banyak gambar ni 
kena sengetkan kepala .

Ini kuey teow goreng Doli ! sedap !
Berharga RM5 ,banyak pulak tu so berbaloi lar .
Ainaa makan tak habis ;)
Ainaa order kuey teow goreng biasa dan teh ais .
*gambar ni betul2 tangkap bukan search dalam en.google ye !

Sedang menunggu makanan dan minuman :)
Alamat restoran :
No 5 , Regat Tupai 34000 ,
Taiping ,Perak Darul Ridzuan 

Lepas makan dekat Restoran Doli tu terus balik.
Guna highway jugak , so masing-masing tak larat tido je lar dalam kereta !
Sampai rumah dalam pukul 9:15 malam .
Dan ada 1 kejadian yg tak diingini , kereta ayah ainaa dan pak cik ainaa kena 
toreh @ conteng dengan apa tak tahu !
Huh ! kurang ajar lar orang yg toreh tu , kalau sakit hati cakap dengan mulut lar ni tak pergi toreh kereta , ingat kereta 10 sen ke , baik lar tak berapa dalam .
Alhamdulillah , Ainaa tak tahu apa motif orang yg toreh kereta .
Dan Ainaa syak orang tu dia dah usha @ memerhati lama dah kreta kami , kalau tak macam mana kereta ayah Ainaa dan pak cik Ainaa kena sekali ,

Apa-apa pun memang best pergi perak !
Banyak ilmu yg bole dapat !
Kalau pergi Perak jangan lupa singgah Taiping ,
Kalau pergi Taping jangan lupa singgah ::
Ini antara tempat2 yg best hampa semua kena cuba pergi !

1.Zoo
2.Muzium Perak 
3.Penjara Perak 
4. Pekan Perak 
5.Restoran Doli

________________________________________________________________________________

Wasalam ,
Malam 20 Dec 2012











Sunday 2 December 2012

KHAWIN MUDA ? TUTUP MALU @ DIGALAKKAN


Assalammualaikum w.b.t =)
Salam ceria kepada ladies and gentleman .
Salam cinta kepada ALLAH S.W.T .
Salam rindu kepada NABI MUAHAMMAD S.A.W .

Apa khabar semua kepada para muslimin dan muslimat diluar sana ? sihat ?kalau sihat , Alhamdulillah :) . Ainaa? sihat .. cakap apa ? Alhamdulillah .
So , hari ini Ainaa nk tulis pasal 

KHAWIN MUDA !

(comel lar )

Huh ! tajuk begitu hangat sekarang di fesbuk , twitter , dan apa-apa aje .
Kenapa khawin muda? kenapa tak khawin tua ? hehehe .
Persoalan sekarang , khawin muda amat digalakkan sebab mengelakkan maksiat dan zina tetapi bagi sesetengah pihak mengatakan orang yg khawin muda tu ada sebabnye!
Faham-faham je lar , ... 
(fikir-fikirkan lah ye !)

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai KHAWIN MUDA ini , kisah seorang lelaki berumur 16 tahun berkhawin dengan seorang perempuan berumur 14 tahun .
(what?baru umur 14 tahun dah khawin ? ainaa pun umur 14 tahun ,tapi tak khawin lagi)
Ainaa dah tengok video perkhawinan mereka . tema warna merah ..
Apabila kita hendak berkhawin MESTI dengan restu IBUBAPA !
Kalau ibubapa kita tak restu, kebahagiaan dalam rumah tangga susah dikecapi , ALLAH tak redha dengan perkhawinan kita , doa dan restu dari IBUBAPA adalah yg terbaik !
(tulis ,macam dah ada pengalaman hehehehe ;)

INI ainaa nak kongsikan beberapa gambar PERKHAWINAN SYAFIQ & YANA



Bagi pendapat Ainaa khawin muda ni tak salah disisi undang-undang atau agama , 
Khawin muda mengelakkan maksiat dan zina . Nenek kita dulu-dulu pun khawin muda kan ? Nenek Ainaa khawin umur 14 tahun . Wow ! 
Tapi kerana zaman sekarang kan berteknologi dan canggih-canggih belaka ,so masing-masing macam tak percaya ada ke orang khawin muda sekarang ?
Tapi Ainaa tak nak khawin muda macam Yana & syafiq tu , sebab Ainaa nak study bagi habis  dulu , sampai ke menara gading dan kerja dan tolong ibubapa Ainaa dulu .
Tapi kalau ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T Ainaa kena khawin muda , redha .
__________________________________________________________________


Ada lagi satu berita '' KHAWIN MUDA '' ni , dekat sekitar tempat Ainaa tinggal ,
masuk surat khabar ,blog ,fesbuk,twitter dan macam-macam lagi .




Ini antara gambar-gambar yg berita mengenai khawin muda tu , seorang perempuan berumur 12 @ 13 tahun berkhawin dengan seorang lelaki berumur 19 tahun (tak pasti )

_____________________________________________________________________

Satu lagi berita mengenai khawin muda ,::


Bole tekan yg atas tu untuk mengetahui lebih lanjut ,

____________________________________________________________________

Khawin muda tu boleh tetapi bukan COUPLE MUDA !
NO COUPLE !

Buat lah couple macam mana pun , COUPLE ISLAMIK ke apa ke ! 
HARAM TETAP HARAM ,
Bole bukak blog ini untuk mengetahui cerita tentang couple selanjutnya !
__________________________________________________________________


Sabda Nabi Muhammad S.A.W ::
Dinikahi perempuan itu kerana hartanya,dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yg beragamanya nescaya kamu akan beroleh keuntungan .




Selesai sudah Ainaa tulis , 
Alhamdulillah =)
Terima kasih kerana membaca .
Wasalam ,

nurulainaa-blogspot.blogspot.com