PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 19 December 2012

Jom Terokai Taiping ,Perak

Bismillahhirahmanirrahim . . . 
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Salam ceria buat semua pembaca ;)
Salam rindu kepada Allah SWT , Rasulullah SAW dan semua .
(ecehh ,semua ? huhuhuhuhu )

Sihat semua ? Alhamdulillah kalau sihat , sakit itu ujian dari Allah
Allah nak uji kita , adakah kita ni masih bersyukur walaupun diberi sakit yg tak teruk !
(tazkirah sikit malam2 ni !)

Hari tu Ainaa ada nak story mory dekat hampa semua pasal Ainaa pergi Perak kan ?
kan ? jawab YA ! hahahahaha , i'm just kidding . 
Semalam (19/12/12) Ainaa baru je Ainaa pergi terokai negeri Perak Darul Ridzuan .
Darul Ridzuan kan ? erhh , tak tahu , kalau silap maaf ye !
Ainaa bertolak dalam pukul 10 pagi ,ikut highway BKE (butterworth) ,
dalam perjalanan tu terserampak dengan kilang kurma yg terkenal di Malaysia !
tahu kan ? YuTa (Yusuf Taiyob lar ),REX ,taksima , dan lain 

1 kejadian yg tak disangkakan , Ainaa tengah gelak sambil makan cokelat tiba2 Ainaa tertelan cokelat yg bersaiz sederhana , cokelat tu pulak tak mau turun ! aduii ! sakit tekak Ainaa ! minum air pun tak okay lagi , Ainaa ambil roti lepastu makan ,
Alhamdulillah ,turun dah pun ! :D
Itu Allah melarang kita bergelak @ bercakap ketika makan sebab takut terjadi kejadian yg tak diingini ,macam cerita Ainaa tu !
Padan muka Ainaa !

Dalam 1 jam lebih sampai lar destinasi yg ditujui , 
Tiket Dewasa :: RM 12 
Tiket kanak2 :: RM 8 

Tempat car park .Sepupu Ainaa dan adik2 Ainaa 

Bergambar di pintu depan Zoo Taiping ,
Ainaa just simple ::
>tudung syria 
>baju +inner longgar
>jeans 
>kasut
cuba cari Ainaa !


Bergambar di boneka (patung ) kerbau !

Cimpanzi ! nampak tak ? kalau 
tak nampak buat2 nampak je lar .
huhuhuhu ;)

Orang utan ! uaaakk ! uaaak ! orang utan tau ! not hutan !
orang utan ni malas ! 

ikan yg terbesar di Sungai Amazon ,diberi nama Arapaima 
kalau nak tengok lebih dekat pergi sendiri zoo lar !



Buaya Tembaga !
Buaya ni garang ! 

Ni spesis monyet jugak tapi nama apa entah !

Landak !
Teka teki :: binatang apa yg ada jarum tapi dia tak guna jarum ?
binatang apa ? cuba jawab !

Bagi rusa @ kijang@ pelanduk makan :)

Ayah , ibu dan adik bongsu Ainaa .

Ini antara gambar2 yg Ainaa tangkap semasa di zoo ,
sorry Ainaa tak bole nak upload banyak gambar :'(

Ainaa ada 1 tips nak share , baik hampa semua jalan kaki dulu ,
renggangkan otot2 hampa dulu , lepas jalan kaki baru naik mini train .
sebab kalau naik mini train dulu kita tak bole nak tengok puas , dan kalau kita naik terakhir baru best ,kita just rehatkan mata je .
Naik mini train tak kena bayar , ainaa ingatkan kena bayar .
Lepas habis naik train kami tangkap gambar dengan ular !
wow ! ainaa yg ajak ibu ainaa .hehehehe 
*sorry picture tak de 

Keluar dari pintu zoo terus pergi makan tengah hari yg ibu Ainaa bawa !
so save lar duit ayah Ainaa ,tak kena keluar duit utk makan tengah hari .
Habis makan tengah hari , kami main taman permainan dulu ,kebetulan ayah dan ibu ainaa tengah bersembang dengan kawan .

Dah sampai dekat Perak so kena pergi Muzium Perak !
Ainaa pergi muzium perak walaupun ada setengah jam je lagi nak tutup .
Muzium Perak betul2 depan penjara Perak ! 



Antara koleksi2 di Muzium Perak 

Selepas pergi muzium Perak ayah ainaa ajak pergi makan kuey teow goreng Doli .
tapi sebelum tu pergi masjid Telekom solat asar !
Walaupun kita berjalan jauh solat tu jangan tinggal , Allah dah beri kita kemudahan ,
Solat jamak dan qasar :) ,so tak ada alasan kita nak beri .

Lepas solat asar , terus pergi cari restoran Doli ,
Ya Allah , masa nk cari restoran Doli ni kena berpusing berkali-kali ,dekat pekan Taiping tu
Ayah ainaa sampai tnya 4 orang mana nak cari restoran Doli , 
sebab masa ayah Ainaa buat latihan di sana ayah Ainaa pergi restoran Doli yg lama .
so yg baru ayah Ainaa tak tahu ,sebab dah lama tak pergi banyak perubahan .
Pusing punya pusing ! hah ! sampai pun di restoran Doli !
Restoran Doli ni betul2 di hadapan Klinik Kesihatan Taiping , 
Restoran Doli ni jugak pernah masuk dalam TV3 ,rancangan JOM MELAWAT Negeri Perak kot


*sorry senget banyak gambar ni 
kena sengetkan kepala .

Ini kuey teow goreng Doli ! sedap !
Berharga RM5 ,banyak pulak tu so berbaloi lar .
Ainaa makan tak habis ;)
Ainaa order kuey teow goreng biasa dan teh ais .
*gambar ni betul2 tangkap bukan search dalam en.google ye !

Sedang menunggu makanan dan minuman :)
Alamat restoran :
No 5 , Regat Tupai 34000 ,
Taiping ,Perak Darul Ridzuan 

Lepas makan dekat Restoran Doli tu terus balik.
Guna highway jugak , so masing-masing tak larat tido je lar dalam kereta !
Sampai rumah dalam pukul 9:15 malam .
Dan ada 1 kejadian yg tak diingini , kereta ayah ainaa dan pak cik ainaa kena 
toreh @ conteng dengan apa tak tahu !
Huh ! kurang ajar lar orang yg toreh tu , kalau sakit hati cakap dengan mulut lar ni tak pergi toreh kereta , ingat kereta 10 sen ke , baik lar tak berapa dalam .
Alhamdulillah , Ainaa tak tahu apa motif orang yg toreh kereta .
Dan Ainaa syak orang tu dia dah usha @ memerhati lama dah kreta kami , kalau tak macam mana kereta ayah Ainaa dan pak cik Ainaa kena sekali ,

Apa-apa pun memang best pergi perak !
Banyak ilmu yg bole dapat !
Kalau pergi Perak jangan lupa singgah Taiping ,
Kalau pergi Taping jangan lupa singgah ::
Ini antara tempat2 yg best hampa semua kena cuba pergi !

1.Zoo
2.Muzium Perak 
3.Penjara Perak 
4. Pekan Perak 
5.Restoran Doli

________________________________________________________________________________

Wasalam ,
Malam 20 Dec 2012











Sunday 2 December 2012

KHAWIN MUDA ? TUTUP MALU @ DIGALAKKAN


Assalammualaikum w.b.t =)
Salam ceria kepada ladies and gentleman .
Salam cinta kepada ALLAH S.W.T .
Salam rindu kepada NABI MUAHAMMAD S.A.W .

Apa khabar semua kepada para muslimin dan muslimat diluar sana ? sihat ?kalau sihat , Alhamdulillah :) . Ainaa? sihat .. cakap apa ? Alhamdulillah .
So , hari ini Ainaa nk tulis pasal 

KHAWIN MUDA !

(comel lar )

Huh ! tajuk begitu hangat sekarang di fesbuk , twitter , dan apa-apa aje .
Kenapa khawin muda? kenapa tak khawin tua ? hehehe .
Persoalan sekarang , khawin muda amat digalakkan sebab mengelakkan maksiat dan zina tetapi bagi sesetengah pihak mengatakan orang yg khawin muda tu ada sebabnye!
Faham-faham je lar , ... 
(fikir-fikirkan lah ye !)

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai KHAWIN MUDA ini , kisah seorang lelaki berumur 16 tahun berkhawin dengan seorang perempuan berumur 14 tahun .
(what?baru umur 14 tahun dah khawin ? ainaa pun umur 14 tahun ,tapi tak khawin lagi)
Ainaa dah tengok video perkhawinan mereka . tema warna merah ..
Apabila kita hendak berkhawin MESTI dengan restu IBUBAPA !
Kalau ibubapa kita tak restu, kebahagiaan dalam rumah tangga susah dikecapi , ALLAH tak redha dengan perkhawinan kita , doa dan restu dari IBUBAPA adalah yg terbaik !
(tulis ,macam dah ada pengalaman hehehehe ;)

INI ainaa nak kongsikan beberapa gambar PERKHAWINAN SYAFIQ & YANA



Bagi pendapat Ainaa khawin muda ni tak salah disisi undang-undang atau agama , 
Khawin muda mengelakkan maksiat dan zina . Nenek kita dulu-dulu pun khawin muda kan ? Nenek Ainaa khawin umur 14 tahun . Wow ! 
Tapi kerana zaman sekarang kan berteknologi dan canggih-canggih belaka ,so masing-masing macam tak percaya ada ke orang khawin muda sekarang ?
Tapi Ainaa tak nak khawin muda macam Yana & syafiq tu , sebab Ainaa nak study bagi habis  dulu , sampai ke menara gading dan kerja dan tolong ibubapa Ainaa dulu .
Tapi kalau ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T Ainaa kena khawin muda , redha .
__________________________________________________________________


Ada lagi satu berita '' KHAWIN MUDA '' ni , dekat sekitar tempat Ainaa tinggal ,
masuk surat khabar ,blog ,fesbuk,twitter dan macam-macam lagi .




Ini antara gambar-gambar yg berita mengenai khawin muda tu , seorang perempuan berumur 12 @ 13 tahun berkhawin dengan seorang lelaki berumur 19 tahun (tak pasti )

_____________________________________________________________________

Satu lagi berita mengenai khawin muda ,::


Bole tekan yg atas tu untuk mengetahui lebih lanjut ,

____________________________________________________________________

Khawin muda tu boleh tetapi bukan COUPLE MUDA !
NO COUPLE !

Buat lah couple macam mana pun , COUPLE ISLAMIK ke apa ke ! 
HARAM TETAP HARAM ,
Bole bukak blog ini untuk mengetahui cerita tentang couple selanjutnya !
__________________________________________________________________


Sabda Nabi Muhammad S.A.W ::
Dinikahi perempuan itu kerana hartanya,dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yg beragamanya nescaya kamu akan beroleh keuntungan .




Selesai sudah Ainaa tulis , 
Alhamdulillah =)
Terima kasih kerana membaca .
Wasalam ,

nurulainaa-blogspot.blogspot.com