PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Wednesday 19 December 2012

Jom Terokai Taiping ,Perak

Bismillahhirahmanirrahim . . . 
Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh :)

Salam ceria buat semua pembaca ;)
Salam rindu kepada Allah SWT , Rasulullah SAW dan semua .
(ecehh ,semua ? huhuhuhuhu )

Sihat semua ? Alhamdulillah kalau sihat , sakit itu ujian dari Allah
Allah nak uji kita , adakah kita ni masih bersyukur walaupun diberi sakit yg tak teruk !
(tazkirah sikit malam2 ni !)

Hari tu Ainaa ada nak story mory dekat hampa semua pasal Ainaa pergi Perak kan ?
kan ? jawab YA ! hahahahaha , i'm just kidding . 
Semalam (19/12/12) Ainaa baru je Ainaa pergi terokai negeri Perak Darul Ridzuan .
Darul Ridzuan kan ? erhh , tak tahu , kalau silap maaf ye !
Ainaa bertolak dalam pukul 10 pagi ,ikut highway BKE (butterworth) ,
dalam perjalanan tu terserampak dengan kilang kurma yg terkenal di Malaysia !
tahu kan ? YuTa (Yusuf Taiyob lar ),REX ,taksima , dan lain 

1 kejadian yg tak disangkakan , Ainaa tengah gelak sambil makan cokelat tiba2 Ainaa tertelan cokelat yg bersaiz sederhana , cokelat tu pulak tak mau turun ! aduii ! sakit tekak Ainaa ! minum air pun tak okay lagi , Ainaa ambil roti lepastu makan ,
Alhamdulillah ,turun dah pun ! :D
Itu Allah melarang kita bergelak @ bercakap ketika makan sebab takut terjadi kejadian yg tak diingini ,macam cerita Ainaa tu !
Padan muka Ainaa !

Dalam 1 jam lebih sampai lar destinasi yg ditujui , 
Tiket Dewasa :: RM 12 
Tiket kanak2 :: RM 8 

Tempat car park .Sepupu Ainaa dan adik2 Ainaa 

Bergambar di pintu depan Zoo Taiping ,
Ainaa just simple ::
>tudung syria 
>baju +inner longgar
>jeans 
>kasut
cuba cari Ainaa !


Bergambar di boneka (patung ) kerbau !

Cimpanzi ! nampak tak ? kalau 
tak nampak buat2 nampak je lar .
huhuhuhu ;)

Orang utan ! uaaakk ! uaaak ! orang utan tau ! not hutan !
orang utan ni malas ! 

ikan yg terbesar di Sungai Amazon ,diberi nama Arapaima 
kalau nak tengok lebih dekat pergi sendiri zoo lar !



Buaya Tembaga !
Buaya ni garang ! 

Ni spesis monyet jugak tapi nama apa entah !

Landak !
Teka teki :: binatang apa yg ada jarum tapi dia tak guna jarum ?
binatang apa ? cuba jawab !

Bagi rusa @ kijang@ pelanduk makan :)

Ayah , ibu dan adik bongsu Ainaa .

Ini antara gambar2 yg Ainaa tangkap semasa di zoo ,
sorry Ainaa tak bole nak upload banyak gambar :'(

Ainaa ada 1 tips nak share , baik hampa semua jalan kaki dulu ,
renggangkan otot2 hampa dulu , lepas jalan kaki baru naik mini train .
sebab kalau naik mini train dulu kita tak bole nak tengok puas , dan kalau kita naik terakhir baru best ,kita just rehatkan mata je .
Naik mini train tak kena bayar , ainaa ingatkan kena bayar .
Lepas habis naik train kami tangkap gambar dengan ular !
wow ! ainaa yg ajak ibu ainaa .hehehehe 
*sorry picture tak de 

Keluar dari pintu zoo terus pergi makan tengah hari yg ibu Ainaa bawa !
so save lar duit ayah Ainaa ,tak kena keluar duit utk makan tengah hari .
Habis makan tengah hari , kami main taman permainan dulu ,kebetulan ayah dan ibu ainaa tengah bersembang dengan kawan .

Dah sampai dekat Perak so kena pergi Muzium Perak !
Ainaa pergi muzium perak walaupun ada setengah jam je lagi nak tutup .
Muzium Perak betul2 depan penjara Perak ! 



Antara koleksi2 di Muzium Perak 

Selepas pergi muzium Perak ayah ainaa ajak pergi makan kuey teow goreng Doli .
tapi sebelum tu pergi masjid Telekom solat asar !
Walaupun kita berjalan jauh solat tu jangan tinggal , Allah dah beri kita kemudahan ,
Solat jamak dan qasar :) ,so tak ada alasan kita nak beri .

Lepas solat asar , terus pergi cari restoran Doli ,
Ya Allah , masa nk cari restoran Doli ni kena berpusing berkali-kali ,dekat pekan Taiping tu
Ayah ainaa sampai tnya 4 orang mana nak cari restoran Doli , 
sebab masa ayah Ainaa buat latihan di sana ayah Ainaa pergi restoran Doli yg lama .
so yg baru ayah Ainaa tak tahu ,sebab dah lama tak pergi banyak perubahan .
Pusing punya pusing ! hah ! sampai pun di restoran Doli !
Restoran Doli ni betul2 di hadapan Klinik Kesihatan Taiping , 
Restoran Doli ni jugak pernah masuk dalam TV3 ,rancangan JOM MELAWAT Negeri Perak kot


*sorry senget banyak gambar ni 
kena sengetkan kepala .

Ini kuey teow goreng Doli ! sedap !
Berharga RM5 ,banyak pulak tu so berbaloi lar .
Ainaa makan tak habis ;)
Ainaa order kuey teow goreng biasa dan teh ais .
*gambar ni betul2 tangkap bukan search dalam en.google ye !

Sedang menunggu makanan dan minuman :)
Alamat restoran :
No 5 , Regat Tupai 34000 ,
Taiping ,Perak Darul Ridzuan 

Lepas makan dekat Restoran Doli tu terus balik.
Guna highway jugak , so masing-masing tak larat tido je lar dalam kereta !
Sampai rumah dalam pukul 9:15 malam .
Dan ada 1 kejadian yg tak diingini , kereta ayah ainaa dan pak cik ainaa kena 
toreh @ conteng dengan apa tak tahu !
Huh ! kurang ajar lar orang yg toreh tu , kalau sakit hati cakap dengan mulut lar ni tak pergi toreh kereta , ingat kereta 10 sen ke , baik lar tak berapa dalam .
Alhamdulillah , Ainaa tak tahu apa motif orang yg toreh kereta .
Dan Ainaa syak orang tu dia dah usha @ memerhati lama dah kreta kami , kalau tak macam mana kereta ayah Ainaa dan pak cik Ainaa kena sekali ,

Apa-apa pun memang best pergi perak !
Banyak ilmu yg bole dapat !
Kalau pergi Perak jangan lupa singgah Taiping ,
Kalau pergi Taping jangan lupa singgah ::
Ini antara tempat2 yg best hampa semua kena cuba pergi !

1.Zoo
2.Muzium Perak 
3.Penjara Perak 
4. Pekan Perak 
5.Restoran Doli

________________________________________________________________________________

Wasalam ,
Malam 20 Dec 2012











Sunday 2 December 2012

KHAWIN MUDA ? TUTUP MALU @ DIGALAKKAN


Assalammualaikum w.b.t =)
Salam ceria kepada ladies and gentleman .
Salam cinta kepada ALLAH S.W.T .
Salam rindu kepada NABI MUAHAMMAD S.A.W .

Apa khabar semua kepada para muslimin dan muslimat diluar sana ? sihat ?kalau sihat , Alhamdulillah :) . Ainaa? sihat .. cakap apa ? Alhamdulillah .
So , hari ini Ainaa nk tulis pasal 

KHAWIN MUDA !

(comel lar )

Huh ! tajuk begitu hangat sekarang di fesbuk , twitter , dan apa-apa aje .
Kenapa khawin muda? kenapa tak khawin tua ? hehehe .
Persoalan sekarang , khawin muda amat digalakkan sebab mengelakkan maksiat dan zina tetapi bagi sesetengah pihak mengatakan orang yg khawin muda tu ada sebabnye!
Faham-faham je lar , ... 
(fikir-fikirkan lah ye !)

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai KHAWIN MUDA ini , kisah seorang lelaki berumur 16 tahun berkhawin dengan seorang perempuan berumur 14 tahun .
(what?baru umur 14 tahun dah khawin ? ainaa pun umur 14 tahun ,tapi tak khawin lagi)
Ainaa dah tengok video perkhawinan mereka . tema warna merah ..
Apabila kita hendak berkhawin MESTI dengan restu IBUBAPA !
Kalau ibubapa kita tak restu, kebahagiaan dalam rumah tangga susah dikecapi , ALLAH tak redha dengan perkhawinan kita , doa dan restu dari IBUBAPA adalah yg terbaik !
(tulis ,macam dah ada pengalaman hehehehe ;)

INI ainaa nak kongsikan beberapa gambar PERKHAWINAN SYAFIQ & YANA



Bagi pendapat Ainaa khawin muda ni tak salah disisi undang-undang atau agama , 
Khawin muda mengelakkan maksiat dan zina . Nenek kita dulu-dulu pun khawin muda kan ? Nenek Ainaa khawin umur 14 tahun . Wow ! 
Tapi kerana zaman sekarang kan berteknologi dan canggih-canggih belaka ,so masing-masing macam tak percaya ada ke orang khawin muda sekarang ?
Tapi Ainaa tak nak khawin muda macam Yana & syafiq tu , sebab Ainaa nak study bagi habis  dulu , sampai ke menara gading dan kerja dan tolong ibubapa Ainaa dulu .
Tapi kalau ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T Ainaa kena khawin muda , redha .
__________________________________________________________________


Ada lagi satu berita '' KHAWIN MUDA '' ni , dekat sekitar tempat Ainaa tinggal ,
masuk surat khabar ,blog ,fesbuk,twitter dan macam-macam lagi .




Ini antara gambar-gambar yg berita mengenai khawin muda tu , seorang perempuan berumur 12 @ 13 tahun berkhawin dengan seorang lelaki berumur 19 tahun (tak pasti )

_____________________________________________________________________

Satu lagi berita mengenai khawin muda ,::


Bole tekan yg atas tu untuk mengetahui lebih lanjut ,

____________________________________________________________________

Khawin muda tu boleh tetapi bukan COUPLE MUDA !
NO COUPLE !

Buat lah couple macam mana pun , COUPLE ISLAMIK ke apa ke ! 
HARAM TETAP HARAM ,
Bole bukak blog ini untuk mengetahui cerita tentang couple selanjutnya !
__________________________________________________________________


Sabda Nabi Muhammad S.A.W ::
Dinikahi perempuan itu kerana hartanya,dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya,maka pilihlah yg beragamanya nescaya kamu akan beroleh keuntungan .




Selesai sudah Ainaa tulis , 
Alhamdulillah =)
Terima kasih kerana membaca .
Wasalam ,

nurulainaa-blogspot.blogspot.com

Thursday 29 November 2012

Novel WARKAH CINTA BERBAU SYURGA & KALA CINTA WAHYU BERSATU


Assalammualaikum w.b.t =)

Cantikkan diri anda dengan air wuduk bukan mekup ,
Hiasi muka anda dengan tudung ,
Maniskan senyuman anda pada setiap hari ,
Hidupkan diri anda semua dengan zikrullah .



Harap hampa semua sihat walafiat =) .
Jangan marah2 pada maal hijrah ini ,
teruskan melakukan perubahan pada diri hampa semua ,
(*terkeluaq kedah ni )
 Hari ini Ainaa nak kongsi 2 novel yg syok tau !
Ainaa tak pernah baca lagi novel ni tapi Ainaa tahu novel ni memang best !
Novel ni berunsurkan agama , lain daripada yg lain , keluaran PTS .
Dah banyak novel yg Ainaa baca & beli tapi novel ni lain sikit .
In shaa Allah Ainaa nk beli .

Tajuk novel ni ialah WARKAH CINTA BERBAU SYURGA & KALA CINTA WAHYU BERSATU

Mesti hampa pernah dengar novel tu kan ?
sekarang ni di TV ALHIJRAH ada drama ' Warkah Cinta Berbau Syurga'' tapi bukan 100% daripada novel tu lar , biasa lar apabila diaptasi so cerita banyak kena cut larr ,
yang ada pelakon HELIZA HELMI yg comel2 tu ( heroin) dan imam muda Nazrul (hero )
Dalam drama tersebut banyak memberi pengajaran dan ada beberapa perkara yg bole kita mengambil iktibar ,


Seperti kata imam muda Nazrul dalam drama tu ::
'' Aku akan ucapkan kata cinta kepada isteri ku yg sah ''

So , kepada yg makwe/pakwe yg cakap I LOVE U tu simpan lah utk isteri/suami nanti !
Kalau nak cakap pun cakap lah I LAP U !
hehehehe ;)


NOVEL WARKAH CINTA BERBAU SYURGA 



Sinopsis ::

Amir Mukhlis seorg mahasiswa yg membesar dlm atmosfera agama yg subur. Hidupnya mula teruji apabila Wardah mengharapkan sebuah keputusan. Lalu Balqis muncul membawa harapan. Akibatnya salah faham tercetus antara Amir dan teman serumahnya. Dlm kegetiran menjadi mahasiswa tahun akhir, Amir perlu menyelesaikan konflik perasaan dan persahabatan. Kesihatannya turut terjejas. Mampukah Amir membuat keputusan tepat utk keluar dari kemelut ini?

"Jika novel ayat-ayat cinta menyorot latar mesir dari padangan seorg mahasiswa Indonesia, maka Warkah Cinta Berbau Syurga ini disorot dari kacamata seorg mahasiswa Malaysia yg menuntut di sana. Justeru tidak hairan andar latar Kaherahnya dan suasana kehidupan para pelajar Malaysia dpt diperincikan sebegitu rupa. dlm lambakan karya bertemakan cinta asyik-masyuk bernafsu rendah yg boleh mengelirukan
pembaca remaja, novel cinta berbau Islamik begini sewajarnya menjadi a
lternatif terbaik selain mampu memperkaya khazanah sastera Islam tanah air."

Zaid Akhtar - Penulis Novel Sesegar Nailofar, Justeru Impian Di Jaring, Pemenang hadiah utama Sastera Utusan.

"Lupakan beberapa watak yg tiba2 muncul dan tiba2 menghilang ataupun yg tiba2 hidup dan tiba2 'dimatikan'. Saya bukan 'pembaca novel' yang baik tetapi novel ini 'memaksa' saya utk membaca pembuka katanya. 'Cairo kurasakan sepi tanpa surat-suratmu. Bunyi sahrawi yang mengepuk debu kering itu bagai membawa gemersik suaramu...' Dan pembuka kata bersurat novel ini 'memaksa' saya utk terus bersantai hingga kepada penutupnya yg megusik: 'Wardah... Balqis... Maafkan aku."





Sambungan bagi novel tersebut ialah KALA CINTA & WAHYU BERSATU 


Sinopsis ::
"Mesir, bukan noktah akhir pertemuan Amir dan Balqis. Amir Mukhlis pulang ke Malaysia bertarung antara hidup dan mati sedangkan Balqis menyangka lelaki itu sudah pergi menemui ilahi.
Jalan hidup Balqis diwarnai dengan kehadiran Izzuddin yang kembali mengharapkan cinta. Amir Mukhlis bertemu Tasnim yang teguh membawa legasi cinta Wardah. Manakala Amelia terus mendambakan kasih Amir Mukhlis.
Balqis, mungkinkah cintanya yang terkunci dalam makhfi akan terbuka? Amelia, bisakah rindunya yang mendudu itu berlagu? Tasnim, mampukah dia memerdekakan cinta Wardah? Nun di sana, Amir Mukhlis bergelut menyatukan cinta dan wahyu agar menjelma jawapan untuk segalanya."

Penulis novel ini :
A. UBAIDILLAH ALIAS 

(terang-terang dekat novel tu ada )

Sekarang kan banyak novel-novel cinta . 
Remaja sekarang minat baca novel-novel cinta tak kira lelaki @ perempuan .
Termasuklah diri empunya blog ni . hehehehe ;)
Siapa lah yg tak minat novel sekarang ni ? semuanya pakat2 minat ..

Baca novel baca jugak tapi jangan lupa buku yg tengah besusun nk pelajari dekat sekolah tu.
Jangan terlalu taksub sangat sampai lupa makna 'membazir'

Sepupu Ainaa dah baca , dan dia kata penulis novel tu dari sekolah dia tau ! 
Ainaa ingat dia tak baca sbb dia tu lelaki , tapi disebabkan penlis novel tu dari sekolah dia ,tu yg dia baca tu .
Ainaa pun tak tahu ending cerita tu macam mana . sebab Ainaa pun tak beli lagi novel tu ,
In shaa Allah :)
Tapi Ainaa yg Ainaa tahu , Amir khawin dengan Balqis dan wardah meninggal dunia sebab apa ? tak tahu ?
*nak tahu ? beli --> baca--> baru tahu*

Tasnim (kawan wardah) suka dekat Amir .
Yg tu je Ainaa tahu ,tu pun sepupu Ainaa yg rojer2 ..

____________________________________________________________

WASALAM ,
WAKTU PETANG .
PADA MAAL HIJRAH .