PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucket

Friday 6 April 2012

Tokoh Islam - SAIDINA ABU HURAIRAH PERAWI HADIS -

Assalammualaikum . . .  .
Hari ni Ainaa' nak berkongsi tentang Tokoh Islam sebab Tokoh ini yang Ainaa' dan kawan2 Ainaa' pilih untuk buat pembentangan  . . . 
Tokoh Islam yang Ainaa' pilih ialah SAIDINA ABU HURAIRAH  . . .
 Ainaa akan berkongsi RIWAYAT HIDUP , SIFAT PERIBADI DAN PERIWAYATAN HADIS . . .

---->RIWAYAT HIDUP<-----

 

#
Nama penuh beliau ialah Abdul Rahman Bin Sakhr Ad - Dausi Al - Yamani .

# Nama sebelum islam ialah Abdul Syams .
# Beliau dilahirkan di Dus , Yaman , 19 Tahun sebelum Hijrah .
# Beliau menjadi anak yatim sejak kecil lagi .
# Beliau menjadi ahli suffah , iaitu sahabat-sahabat Nabi yang fakir dan miskin yang tinggal di tepi masjid Nabawi .
# Beliau memeluk islam pada tahun ke - 7 Hijrah .
# Beliau wafat pada tahun 59 Hijrah ketika berusia 78 tahun .
# Beliau mendapat gelaran Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W.  .



---->SIFAT PERIBADI<---- 


# Beliau seorang taat pada suruhan Allah S.W.T .
# Beliau sangat menghormati ibu bapanya . Buktinya walaupun ibunya tidak memeluk islam . Berkat doa Rasulullah S.A.W. ibunya memeluk islam .
# Beliau amat mengasihi binatang . Beliau digelar Abu Hurairah bererti BAPA KUCING kerana beliau sukakan kucing .
# Seorang yang sabar dan tabah menghadapi kesusahan hidup . Beliau tidak meminta -minta walaupun dalam keadaan lapar .
# Beliau amat mencintai ilmu pengetahuan .
# Beliau tidak segan dan malu membaca hadis Rasulullah S.A.W. di tempat - tempat awam .



----->PERIWAYATAN HADIS<------ 


# Saidina Abu Hurairah berusaha gigih mengembangkan ajaran islam melalui hadis yang diriwayatkannya .
# Beliau telah berjaya meriwayatkan sebanyak 5374 hadis .
# Seramai 800 orang murid telah mempelajari hadis daripada beliau .



 Sampai disini sahaja Ainaa' meceritakan tentang TOKOH ISLAM iaitu SAIDINA ABU HURAIRAH . . . .
Kalau pembaca sekalian hendak mengetahui lebih lanjut boleh mencari dekat internet atau buku Pendidikan Islam Tingkatan 2 . . .

#Harap Maklum#


~wassalam~